Ahad, 2 Oktober 2011

Maher Zain / Sepanjang Hidup

Maher Zain, nama yang memberi nafas baru atau nafas harapan kepada industri nasyid yang kian lama kian dilupakan generasi muda Islam, (wah macam ayat syarahan) Apa yang mahal mengenai Maher Zain ini, bukan sahaja lagu nya diterima semua golongan, malah lagu yang diadaptasikan kepada seni kata Bahasa Melayu nya, sedikit sebanyak menaikkan lagi nama Bahasa Melayu itu sendiri. Kalau lah kita tidak mengenali Maher Zain and first time dengar lagu dia di radio dalam Bahasa Melayu, mesti kita ingat ini suara anak tempatan, betapa superb nye maher mempertuturkan Bahasa Melayu , good job Maher!