Memaparkan catatan dengan label Rocket Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rocket Malaysia. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bruno Mars Melayu?

Pos kali ni bukan mengenai Bruno Mars tu orang Melayu ke ape, hahaha.  Tapi mengenai 2 anak tempatan Malaya yang try translate kan lagu Just The Way You Are and buat versi remix Melayu, boleh tahan jugak, jom layan.



Nik Irfan




Fifi Fairuz, Fuyoo!

Edisi Khas, sapa tak kenal dengan cerita ni kan, penuh dengan humor Malaysian style, haha. Btw dulu, first time tengok tajuk cerita ni bunyinye macam cerita serious, ala-ala edisi siasat NTV7 ke, tengok pulak pengacara dia Johan Rajalawak, dah tuka genre ke dia ni dari komedi ke serious, last-last bila dah tengok, owh lawak geletek hempedu, hahaha. Lately ni procket asyik layan video cerita ni je pulak, ketagih dengan lawak-lawak dorang ni, so bagi sapa yang belum tengok lagi, apa kata try tengok satu dua video dorang, sure tergelak!




Gandingan Johan, Apek, dan lelain yang sangat lelawak.


Edisi Pacebook (Facebook)

Rabu, 5 Oktober 2011

Along Lawak


Storyline dan video effect yang cool.

Gadis Blog

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan tak menarik hati, tiada memikat ini, ini merupakan lirik dalam lagu Jamal Abdillah, tapi apa yang aku cuba sampaikan kat sini pulak siapa bilang gadis Melayu tak pandai blogging, haaa. Sejak tengok blog gadis gadis zaman sekarang ni, serious amaze wei, talented tol dorang ni dalam hal ni, followers beribu ribu, fuhhhh. So ini ada la some of the gadis blog yang aku rasa memang dah pro dalam blogging2 ni. Check it out yaw.












Fobia Cinta

First time tengok video ni, one word come to my mind, nice.Tak perlu wanita seksi, just jalan cerita yang ringkas, tapi disampaikan dalam cara yang chill. Sometime, simple thing tu la yang boleh bagi impak yang menarik, enjoy guys, tapi jangan sampai fobia bercinta pulak, haha. 


Nashrin / Fobia Cinta

Isnin, 3 Oktober 2011

Cinta Kura Kura

Imagine kalau kura-kura boleh bercakap? Apa agaknye soalan yang akan korang tanya kan? "Ninja Turtle tu saudara kau ke?" Ini maybe antara soalan-soalan yang akan ditanyakan nanti, haha. So movie ni sebenarnya mengenai Nani seorang gadis (lakonan Tiz Zaqiyah), mempunyai seekor kura -kura peliharaan bernama Nico, Nico ni pulak ada kelebihan yang superb iaitu boleh bercakap dengan manusia! Suara Zizan plak tu, so imagine la kan how funny its gonna be, nak tau selebihnya, moh le kita serang ke wayang nanti.







Sabtu, 1 Oktober 2011

Maaduu

Maaduu, another interesting site yang korang leh kasi tengok, esspecially bagi penggemar cerita Korea, with this site, korang leh tengok Korean movies 24/7! Free. Just kene sign in, log in, thats it. Apa yang cambest pasal site ni gak, ia laju, tak ada buffering, and ada certain movies yang ada subtitle Bahasa Melayu. Cool kan? Apa lagi, jom layan.



Logo site yang bagi kita layan cerita Korea secara FREE


Boys Over Flower

Untuk Info Lanjut : http://maaduu.com 

Fixi

First time tengok url site ni ingatkan site untuk fixi yang basikal tanpa brek tu, rupanyer its another publisher yang melahirkan  novel - novel Malaya yang cambest, ini boleh dilihat saja pada cover-cover novel terbitannya yang punyai class tersendiri, sangat buat orang tertanya - tanya mengenai isinya. So kaki buku sekelian, boleh dapatkan produk keluar Fixi ini di kedai berhampiran, harga sekitar RM20, super reasonable.



JERAT / DAYANG NOOR


KOUGAR / SHAZ JOHAR

Jumaat, 30 September 2011

Dolls Store

"A Design For Life" tema bagi Dolls Store, Btw apa dia Dolls Store ni? Jual mainan ke? Actually ia satu kedai yang menjual baju, seluar, or senang, anything yang boleh di letak kat badan. Terletak di Bukit Bintang, kawasan muda mudi chill every weekend (Kalo keluar entrance Metrojaya department wanita tu dah nampak kedai ni, depan kedai Kitaro)  Konsep kedai yang chill dan rileks ni mempunyai jenama pakaian seperti Devise, Airplane Systm, Crooz, Morning Rocket, Joo Rue, macam - macam lagi la, harga pun berpatutan, mengikut harga kerajaan.  





 Comel comel gadis yang datang di Dolls Store ni :)




Suasana riuh dalam Dolls Store, # Meriah.


Untuk info lanjut : dolls.store@gmail.com 

Ahad, 14 Ogos 2011

Toothbrusher

Ipad 4, Play Station 7, sume hobi ni macam memerlukan poket korang kering tok mendapatkannya kan? Tapi sejak ada hobi yang sangat jambu ni, pasti semua mampu! Nak taw apa? Try tengok, jangan terkejut la infuture ramai main benda ni nanti kat depan Pavi, and boleh dijadikan acara olimpik 2021 nanti,  ape pun, jangan terlalu obses pada hobi ni sampai lupa gosok gigi!

Jumaat, 5 Ogos 2011

iKLan Gangster


Lawak geletek bulu!  Hahahahahaha!

Apokalips X

Selepas mendapat pointer 4 flat menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, kini Mamat Khalid aka film genius producekan lagi filem, *filem la ape lagi en kalo abang mamat  hehe. Just kali ni, ia berdasarkan genre yang jarang- jarang kita lihat di Malaysia, and maybe ia boleh dianggap international standard , sebab ada teknik CGI, fight scene ala- ala barat. Melalui filem Apokalips X ni, hopefully banyak lagi pengarah filem Malaya akan menghasilkan filem - filem yang lain dari yang lain aka tak ikut on trend, sorang buat filem hantu, semua berderet hantu. Lama - lama penonton pun naik hantu, hahaha.


Ps: Farid Kamil aka Wolverine Malaya!

Fixie

Fixed Gear atau yang lebih awsome dipanggil Fixie di kalangan muda mudi  merupakan  trend yang sedang meletop dikalangan kaki sikal Malaya. Selain sebagai alat transport yang tidak menggunakan minyak yang harganya tak reti - reti nak turun, ia juga digunakan oleh ahli sukan Malaya untuk mengharumkan nama Malaya di persada dunia. Walaupun anggaran fixie ini mencecah dalam RM1000 ke atas, tapi ia still merupakan sesuatu yang nice untuk dimiliki sebagai koleksi.






Random Videos

Utopia High

Maybe ramai ingat comic ni just vitamin bagi budak - budak nerd spec bulat, *tak macam budak - budak hot, yang menggunakan spec ray ban en, hehehe. Korg maybe salah, sebab sekarang ni, comic ni da jadi bahan bacaan universal, event orang dah berusia! Btw dalam banyak - banyak buku yang pernah procket baca, ini antara buku /  komik yang banyak memberi ilmiah. Pelikkan? Hahaha. Utopia High Freak Club, memang awsome. Tak perlu bahasa pening-pening untuk menarik minat pembaca, its just simple a simple comic, but it will make ur mind rocks.


"Setiap kisah di dalam komik menggambarkan pemikiran artis dan mencetaknya di atas kertas.Ia akan bergerak melalui ruang dan masa mencari teman sekepala" -  kata dari kartunisnya SLAIUM

Khamis, 4 Ogos 2011

Saya Anak Malaysia!

SMART! You can take the boy out of the KAMPUNG, but you cant take the KAMPUNG OUT from the boy! Itulah spirit yang patut ada pada anak - anak MALAYA sekang, pergi mana pun, MALAYSIA di hati, baru TANAH TUMPAH DARAHKU! Tak gitu Pak Samad?

Abstrax Jingga

NICE! Bagi sesiapa yang masih berpakaian pagoda, ini ada sesuatu yang baik bagi anda untuk melakukan sesuatu yang FRESH. Abtrax Jingga tampil dengan rekaan - rekaan yang SUPER NICE. Dengan harga yang reasonable, pasti ia akan menampakkan kelainan (Tampak lebih muda). Dan gadis gadis pasti mengejar anda, hahaha.








Boleh Lawati : http://abstraxjingga.blogspot.com